Al Qur'an, Allah, Hadits, Islam, Keutamaan Bulan Ramadhan, Manfaat Puasa, puasa, ramadhan, Rasulullah, Takwa, taqwa Indahnya Ramadhan: Persiapan Ramadhan
Powered by Blogger.

22 June 2010

Persiapan Ramadhan

Salam. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Sya’ban akan meninggalkan kita. Namun begitu, ramai umat Islam yang telah lama berpusu-pusu untuk mempersiapkan diri serta menyeru bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Kami di BeCA juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi sedikit sebanyak tips untuk kita sebagai seorang Muslim bagi  menyediakan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang diberkati.
1) Menanti Ramadhan Dengan Penuh Kegembiraan
Sebagai sorang Muslim yang beriman, kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang amat menggembirakan kerana kita dapat melaksanankan ibadah puasa yang sememangnya diwajibkan keatas setiap diri Muslim. Selain itu juga, tidak lupa dengan ibadah-ibadah yang lain kerana kita tahu, ganjaran beribadah di bulan Ramadhan ini amatlah besar. Kita juga mengharap agar ibadah kita di bulan Ramadhan ini menjadi satu permulaan untuk terus mempertingkatkan amalan di bulan-bulan yang lain selepas Ramadhan. Oleh itu, Ramadhan seolah-olah satu khabar yang gembira bagi semua umat Islam.
2)Memperbanyakkan Doa
Kita disarankan untuk berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan fizikal dan rohani untuk berjihad melawan nafsu kita di bulan Ramadhan nanti. Selain daripada itu, kita juga disarankan untuk berdoa agar ibadah yang bakal kita lakukan di bulan Ramadhan nanti dilakukan dengan ikhlas, jujur dan tawadhu’. Tidak lupa juga agar amalan dan ibadah kita itu diterima Allah.
3)Mengulangkaji Ilmu Puasa
Mungkin ada dikalangan kita yang lupa dengan rukun-rukun, syarat, adab, sunnah dan hikmah berpuasa. Oleh yang demikian, salah satu persiapan yang dapat kita lakukan menjelang bulan yang penuh berkat ini, maka kita perlu meneliti semula perkara-perkara berkaitan puasa ini agar semuanya menjadi lebih jelas dan ibadah kita akan dapat dilakukan dengan lebih baik.
4)Berazam
Mungkin kita sedar yang mana pada Ramadhan sebelum ini, banyak perkara yang bertentangan dengan Islam yang kita amalkan semasa Ramadhan. Sebagai contoh, membazir ketika berbuka serta lalai disiang hari atau melakukan perkara-perkara yang menjadikan puasa kita hanyalah semata-mata lapar dan dahaga sahaja. Oleh itu, dengan kedatangan Ramadhan yang baru ini, kita hendaklah berazam meninggalkan perkara-perkara sedemikian bagi menjadikan puasa kita lebih berkualiti. Selain daripada itu, kita juga hendaklah berazam untuk melakukan ibadah pada bulan Ramadhan dengan sempurna yang mungkin memandangkan Ramadhan adalah bulan yang sesuai untuk kita jadikan titik permulaan untuk berjihad melawan nafsu, memperbanyakkan amalan, melawan segala noda dan dosa serta menghiasi hari-hari kita dengan amalan-amalan yang mulia.
5)Miningkatkan Kesungguhan dan Istiqamah
Bertekad supaya menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang kita semai dan suburkan sepanjang Ramadhan agar tidak cacat dan terus diamalkan pada bulan-bulan yang berikutnya. Hal ini selalu terjadi apabila selesai sahaja Ramadhan, amalan dan ibadah yang kita lakukan pada Ramadhan tidak menjadi rutin didalam hidup kita. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai permulaan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan syiar Islam.
Abstract Wallpapers (44)
Maka, itulah sedikit-sebanyak yang dapat kami kongsikan disini. Kami mendoakan agar Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang paling baik berbanding dengan yang telah lepas. Gerakkanlah diri kita dengan kadar yang laju bagi mendapatkan momentum untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Semoga semua amalan, ibadah dan niat kita diterima oelh Allah dan Insyallah kita tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung.

No comments:

Post a Comment