Al Qur'an, Allah, Hadits, Islam, Keutamaan Bulan Ramadhan, Manfaat Puasa, puasa, ramadhan, Rasulullah, Takwa, taqwa Indahnya Ramadhan: Persiapan Puasa Bagi Ibu Menyusu
Powered by Blogger.

02 August 2010

Persiapan Puasa Bagi Ibu Menyusu

Tinggal kurang seminggu lagi kita nak masuk bulan Ramadhan.
Ibu2 yang BF, termasuk saya, mula dah sibuk ke sana sini mencari petua untuk maintain pengeluaran susu di dalam bulan puasa ini. Ya lah, menyusu bukan halangan bagi kita ibu2 untuk meneruskan ibadah wajib ni
Bulan puasa tahun lepas, saya banyak mengalah kerana susu sangat2 kurang, tambahan pula saya sedang mengandungkan Fahry masa tu. Bukan saja di waktu siang, bila dipam keluar setitik saja, waktu malam juga Hafiy menangis2 kerana susu tiada. Demi dia, 6 hari saya mengambil rukhsah untuk tidak berpuasa, alhamdulillah pada malamnya dia dapat tidur lena seperti biasa dalam dakapan saya. Kerana saya berbuka demi Hafiy, saya dikenakan fidyah, dan sudah pun dijelaskan. Alhamdulillah…
Puasa kali ni, insya-Allah, saya berazam untuk puasa penuh. Sepanjang saya mengganti puasa, alhamdulillah susu OK. Saya tak risau sebab kedua2 hero ni, Hafiy dan Fahry direct feeding setiap masa, cuma kadang2 bila waktu petang Fahry macam meradang sebab flownya mungkin slow. Jadi, apa yang saya buat ialah mengambil Performance Drink Shaklee untuk memastikan bendalir badan saya sentiasa balance dan saya tidak mudah ternyah-hidrat (dehydrated). Dengan itu, badan saya berupaya menghasilkan susu mengikut permintaan anak2 saya.
Inilah dia minuman yang dimaksudkan:
picture courtesy of Health and Harmony
Ia sebenarnya minuman untuk ahli sukan, oleh itu ada gambar orang berbasikal di peknya. Hakikatnya ia sangat bagus untuk menghalang dehidrasi dari berlaku, selain sesuai bagi ibu menyusu, ia juga sesuai untuk mengerjakan haji/umrah, pekerja di bawah panas terik dan mereka yang demam. Ia berfungsi seperti minuman isotonik, e.g. 100 Plus, cuma kandungan gulanya lebih rendah dan tentunya lebih menyihatkan.
Performance Drink yang berperisa oren ni memang sedap, terutama bila diminum sejuk-sejuk. Kalau puasa kan mesti nak minum sejuk2. Minuman ni boleh dijadikan alternatif kepada minuman kesukaan lain, selain rasanya sedap, ia juga mudah untuk disediakan. Tak perlu tambah gula lagi.
 
**bukanle nak promo tapi since ramai yang tanya macamana nak hadapi puasa + menyusu ni, elokla kita kongsikan apa yang patut kan.

No comments:

Post a Comment